Sunday, June 14, 2009

Penjajahan Beijing part 2




Selepas selesai X-Games Asia di Shanghai, budak-budak Malaysia yang lain balik ke tanah air. Aku ada satu hari lagi di Shanghai. Sebab destinasi aku seterusnya ialah Beijing. Pagi tu sempat juga aku ikut team Emerica shoot video. Hanya Chris Senn dan Spanky je. Chris Mandez dah ke Beijing. Memang kagum aku macam mana diaorang punya attitude untuk bikin video. Memang 100% focus apa yang diaorang bikin. Malam tu aku crash bilik Austen Seaholm sebab tinggal aku je anak melayu bertemankan papan luncur yang masih di bumi China ini. Sebab nak ke Beijing untuk AST Dew Tour. Sempat juga aku menaiki kereta api terlaju di dunia dengan kelajuan maksima 431km/h untuk ke airport iaitu Maglev. Dengan tanggungan sepenuhnya oleh WCS, perjalanan aku pun bermula. Semua staff WCS dari Shanghai iaitu Sasha, Duncan, Danielle dan boss aku Don. Masa tu Seaholm, Gu-Gu, Carlos dan Denillo ada bersama. Charlie Wilkins dan Matt Milligan direct flight dari States dan akan berjumpa di Beijing. Melihat park di AST kali ini memang street habis. Memang baik. Charlie yang design park kali ini. Masa practice aku naik euro gap, kasi satu kick flip. Masa tu aku, Matt dengan Charlie je ada. Setibanya aku kat starting point tadi kononnya nak hit lagi la berberapa trick yang lain, Austen, Gu-Gu, Denillo dan Carlos dah ada kat situ. Ingat nak skate sekali la. Austen sudah bikin fronside flip late flip la. Pastu Gu-Gu pulak bikin hardflip backside nose grind. Denillo pulak bikin switch flip backside nose grind. Semuanya first try. Jadi bermula lah sila panggung dan aku letakkan papan lucur aku kat tepi dan lepak dengan Dave Carney chief editor SkateboardMag sambil berbual topik ‘apa nak jadi dengan skateboarding sekarang ni’. Dia memang cool dan lawak orangnya. Sambung balik apa yang berlaku dalam park tadi. Seperti menonton Tony Hawk playstation tetapi dengan gambarnya lebih realistik. Macam tak percaya dengan trick yang mereka ada. Sangat jauh taraf skateboarding mereka dengan kita. Aku boleh katakan, 20 tahun. Memang dasyat dan menakjubkan. Crhis Mandez boleh land 360flip nose slide like nothing kedua-dua runnya. Chad Bartie dengan Fabrizio Santos boleh tahan juga. Wow! Ni belum ada P. Rod, Ludzka dan Shackler lagi. Mereka ni sebenarnya dalam list untuk datang. Tapi tak tau kenapa tak muncul. Mungkin prize money ciput sangat kot. Aku skate, chill, makan, travel dan bergurau dengan meraka dan apa yang aku dapat tengok yang mereka ni pun hustle dengan kehidupan mereka sebab mereka bergantung dengan prize money bukan sponsorship untuk menanggung kehidupan mereka. Susah juga. Aku bagi contoh nama besar dalam competition Carlos de Andrade, takde sponsor. Semua pakai duit sendiri. Kalau tak menang, cuci pinggan la. Dan Carlos ada cakap dengan aku ‘sponsorship ni kadang-kadang kejam, spot sponsorship dah penuh sebab ramai yang bagus sangat. So spot untuk di sponsor memang tipis kalau kau takde connection atau kau memang hebat. Kalau salah masuk team pulak, silap-silap boleh kena pulau kalau ada orang yang tak suka kau dalam team. Maksudnya kalau orang yang paling influence dalam team tak suka, satu company akan pulaukan kau.’ Jadi apa yang aku nampak disini kita tak begitu terdesak dengan sponsorship tapi kita tamak dengan apa yang ada. Tak pernah cukup dengan apa kita ada berbandingkan dengan mereka. Nak cukupkan syarat lifestyle seorang skateboader. Di Malaysia pun dah banyak ragam lagikan mereka yang disana,mungkin ragam and talleem, ammaaa pathiyapa. Nasihat aku nak jadi macam mereka boleh. Tapi hanya ikut kehebatan mereka skate je la. Kalau nak ikut kehidupan mereka, baik jangan. Sebab kat Malaysia ni jauh lebih hebat kehidupan seorang skateboarder berbanding dengan mereka disana. Tengok level la kawan. Kita bukannya struggle pun skate kat sini, gaya je lebih. Kadang-kadang gaya pun tarak. Mulut je lebih. Words are stronger than action. Jadi anda yang menetukan kehidupan sendiri. Aku hanya beri pendapat sebagai seorang sahabat. Bukan nak salah atau betulkan orang, hanya nak berkongsi apa yang aku nampak dan rasa. Panjang juga aku tulis ni. I just wanna share the experience. We are what we are. Dah mula nak mengarut ni.sekian sahaja aku tamatkan peristiwa ini. Peace brother!!!

1 comment:

  1. bro,oakley frogskins tu xnak jual ke?aku berminat la,tp kat butik dah xkuar lagi dah..hehe!

    ReplyDelete