Wednesday, June 10, 2009

Penjajahan Beijing part 1




Ini kali ke-2 aku ke Beijing untuk AST Dew Tour. Kali ini aku berkesempatan untuk pergi tour sekitar kota bersejarah China ini. Pasal competition, lain punya post. Memang aku nantikan saat ini sebab aku boleh ke salah satu 7 wonders dunia iaitu Great Wall of China. Trip aku ke Great Wall di anggotai oleh Charlie Wilkins dan crew yang bikin ramp untuk AST. Memang menakjubkan setibanya aku kesana. Aku tidak lupa sahabat karib aku iaitu skateboard. Penjajahan aku di Great Wall hanya sejauh 4.1 kilometer. Macam mana Nenek moyang aku iaitu Genghis Khan ada hati nak bikin empayer. Ok apa aku dapat jajah 4.1 kilometer dah kira bangga gak keluarga Khan. Kiranya aku tolong jajah lebih sikit la. Menapak dan skate naik bukit turun bukit bukan acara kegemaran aku. Letih rabak dibuatnya. Sempat juga aku drop in bank dengan kick flip semasa aku di Great Wall tu. Now how’s the legend? Answer this you legend freaks!!! Keesokan harinya aku ke Tample of Heaven dan ke tempat yang menjadi tapak kemeriahan Olympic 2008 dengan keunikan seni binanya yang tersendiri iaitu The Nest(Olympic Stadium) dan The Cube(Aquatic Stadium) . Kali ini crew aku ialah Carlos, Austen, Gu-Gu, Denillo, Fabriozio, Mandez dan WCS staff. Matt Milligan tak tersenarai dalam tour hari ini sebab dia tak habis-habis dengan dvd cetak rompak. Dia nak jadi Spike Jones mungkin. Aku syorkan kalau sesiapa nak banyak dengan koleksi gambar yang menakjubkan, Beijing adalah destinasi yang paling sesuai untuk diterokai. Pasti ada sahaja benda yang menarik ditemui di sini. Memang menghiburkan. Harap aku ke sana lagi tahun depan. Nak gi Forbidden City pulak sebab masa tak mengizinkan. Aku lalu je. Banyak buang masa nak cari racket badminton. Bak kata Sapultura “See you on tour!!!”

2 comments: