Gaya dah ada nak jadi perdana menteri. Ini 1st day aku kat office. memang banyak lepak je buat masa ni. Lagi pun masa minum petang. Jangan lepaskan peluang kalau jadi macam ini. Hip Hop tidak akan mati selagi aku hidup. Wooorrrdd!!!
Thursday, June 25, 2009
Tuesday, June 16, 2009
Semalam yang hangat
album of the day
Album of the day jatuh kepada Fear Factory(seram punya kilang). Memang dasyat seramnya. Kalau dengar kat kilang lagi naik seramnya. Kepada mat kilang dengan minah kilang, album ini tak disyorkan. Nanti tak leh nak bikin kerja lak asyik seram aje. Aku tertanya gak, kilang apa ek? Semua jenis kilang kot. I’ve no more goddamn regrets. Yahoo!!
Sunday, June 14, 2009
Penjajahan Beijing part 2
Selepas selesai X-Games Asia di Shanghai, budak-budak Malaysia yang lain balik ke tanah air. Aku ada satu hari lagi di Shanghai. Sebab destinasi aku seterusnya ialah Beijing. Pagi tu sempat juga aku ikut team Emerica shoot video. Hanya Chris Senn dan Spanky je. Chris Mandez dah ke Beijing. Memang kagum aku macam mana diaorang punya attitude untuk bikin video. Memang 100% focus apa yang diaorang bikin. Malam tu aku crash bilik Austen Seaholm sebab tinggal aku je anak melayu bertemankan papan luncur yang masih di bumi China ini. Sebab nak ke Beijing untuk AST Dew Tour. Sempat juga aku menaiki kereta api terlaju di dunia dengan kelajuan maksima 431km/h untuk ke airport iaitu Maglev. Dengan tanggungan sepenuhnya oleh WCS, perjalanan aku pun bermula. Semua staff WCS dari Shanghai iaitu Sasha, Duncan, Danielle dan boss aku Don. Masa tu Seaholm, Gu-Gu, Carlos dan Denillo ada bersama. Charlie Wilkins dan Matt Milligan direct flight dari States dan akan berjumpa di Beijing. Melihat park di AST kali ini memang street habis. Memang baik. Charlie yang design park kali ini. Masa practice aku naik euro gap, kasi satu kick flip. Masa tu aku, Matt dengan Charlie je ada. Setibanya aku kat starting point tadi kononnya nak hit lagi la berberapa trick yang lain, Austen, Gu-Gu, Denillo dan Carlos dah ada kat situ. Ingat nak skate sekali la. Austen sudah bikin fronside flip late flip la. Pastu Gu-Gu pulak bikin hardflip backside nose grind. Denillo pulak bikin switch flip backside nose grind. Semuanya first try. Jadi bermula lah sila panggung dan aku letakkan papan lucur aku kat tepi dan lepak dengan Dave Carney chief editor SkateboardMag sambil berbual topik ‘apa nak jadi dengan skateboarding sekarang ni’. Dia memang cool dan lawak orangnya. Sambung balik apa yang berlaku dalam park tadi. Seperti menonton Tony Hawk playstation tetapi dengan gambarnya lebih realistik. Macam tak percaya dengan trick yang mereka ada. Sangat jauh taraf skateboarding mereka dengan kita. Aku boleh katakan, 20 tahun. Memang dasyat dan menakjubkan. Crhis Mandez boleh land 360flip nose slide like nothing kedua-dua runnya. Chad Bartie dengan Fabrizio Santos boleh tahan juga. Wow! Ni belum ada P. Rod, Ludzka dan Shackler lagi. Mereka ni sebenarnya dalam list untuk datang. Tapi tak tau kenapa tak muncul. Mungkin prize money ciput sangat kot. Aku skate, chill, makan, travel dan bergurau dengan meraka dan apa yang aku dapat tengok yang mereka ni pun hustle dengan kehidupan mereka sebab mereka bergantung dengan prize money bukan sponsorship untuk menanggung kehidupan mereka. Susah juga. Aku bagi contoh nama besar dalam competition Carlos de Andrade, takde sponsor. Semua pakai duit sendiri. Kalau tak menang, cuci pinggan la. Dan Carlos ada cakap dengan aku ‘sponsorship ni kadang-kadang kejam, spot sponsorship dah penuh sebab ramai yang bagus sangat. So spot untuk di sponsor memang tipis kalau kau takde connection atau kau memang hebat. Kalau salah masuk team pulak, silap-silap boleh kena pulau kalau ada orang yang tak suka kau dalam team. Maksudnya kalau orang yang paling influence dalam team tak suka, satu company akan pulaukan kau.’ Jadi apa yang aku nampak disini kita tak begitu terdesak dengan sponsorship tapi kita tamak dengan apa yang ada. Tak pernah cukup dengan apa kita ada berbandingkan dengan mereka. Nak cukupkan syarat lifestyle seorang skateboader. Di Malaysia pun dah banyak ragam lagikan mereka yang disana,mungkin ragam and talleem, ammaaa pathiyapa. Nasihat aku nak jadi macam mereka boleh. Tapi hanya ikut kehebatan mereka skate je la. Kalau nak ikut kehidupan mereka, baik jangan. Sebab kat Malaysia ni jauh lebih hebat kehidupan seorang skateboarder berbanding dengan mereka disana. Tengok level la kawan. Kita bukannya struggle pun skate kat sini, gaya je lebih. Kadang-kadang gaya pun tarak. Mulut je lebih. Words are stronger than action. Jadi anda yang menetukan kehidupan sendiri. Aku hanya beri pendapat sebagai seorang sahabat. Bukan nak salah atau betulkan orang, hanya nak berkongsi apa yang aku nampak dan rasa. Panjang juga aku tulis ni. I just wanna share the experience. We are what we are. Dah mula nak mengarut ni.sekian sahaja aku tamatkan peristiwa ini. Peace brother!!!
Rip Curl Skate Shoe
This is one of Rip Curl new skate shoe line. Tak jual kat sini. Just me and Pa’din yang dapat jadi doctor untuk mengexperimentasikan pasangan ini. Thanks to Rip Curl Malaysia. Harap-harap ada lagi benda akan datang untuk diexperimentasikan.Bak kata pendita, menuntut ilmu biar sampai ke negara China. Memang betul. Balik je China, aku dah jadi doctor. Suratan atau kebetulan?
Wednesday, June 10, 2009
Penjajahan Beijing part 1
Ini kali ke-2 aku ke Beijing untuk AST Dew Tour. Kali ini aku berkesempatan untuk pergi tour sekitar kota bersejarah China ini. Pasal competition, lain punya post. Memang aku nantikan saat ini sebab aku boleh ke salah satu 7 wonders dunia iaitu Great Wall of China. Trip aku ke Great Wall di anggotai oleh Charlie Wilkins dan crew yang bikin ramp untuk AST. Memang menakjubkan setibanya aku kesana. Aku tidak lupa sahabat karib aku iaitu skateboard. Penjajahan aku di Great Wall hanya sejauh 4.1 kilometer. Macam mana Nenek moyang aku iaitu Genghis Khan ada hati nak bikin empayer. Ok apa aku dapat jajah 4.1 kilometer dah kira bangga gak keluarga Khan. Kiranya aku tolong jajah lebih sikit la. Menapak dan skate naik bukit turun bukit bukan acara kegemaran aku. Letih rabak dibuatnya. Sempat juga aku drop in bank dengan kick flip semasa aku di Great Wall tu. Now how’s the legend? Answer this you legend freaks!!! Keesokan harinya aku ke Tample of Heaven dan ke tempat yang menjadi tapak kemeriahan Olympic 2008 dengan keunikan seni binanya yang tersendiri iaitu The Nest(Olympic Stadium) dan The Cube(Aquatic Stadium) . Kali ini crew aku ialah Carlos, Austen, Gu-Gu, Denillo, Fabriozio, Mandez dan WCS staff. Matt Milligan tak tersenarai dalam tour hari ini sebab dia tak habis-habis dengan dvd cetak rompak. Dia nak jadi Spike Jones mungkin. Aku syorkan kalau sesiapa nak banyak dengan koleksi gambar yang menakjubkan, Beijing adalah destinasi yang paling sesuai untuk diterokai. Pasti ada sahaja benda yang menarik ditemui di sini. Memang menghiburkan. Harap aku ke sana lagi tahun depan. Nak gi Forbidden City pulak sebab masa tak mengizinkan. Aku lalu je. Banyak buang masa nak cari racket badminton. Bak kata Sapultura “See you on tour!!!”
My Badminton World
Racket badminton Babolat aku baru beli dan tak sampei 8 kali digunakan patah dilanda todak. Dah la tak ada di pasaran Asia, mahal lak tu. Mana mau cari lagi racket yang boleh menjiwai aku. Terima kasih Apai sebab mentodakkan racket aku. Patahnya racket itu, maksudnya patah jua hati ku. Nasib baik aku sempat bergambar dengan partner aku yang baru. Kalau siapa berani main ngan partner aku, bawa datang, kita kasi team beattle. Papan luncur boleh la korang nak cari makan. Ini game aku punya. Tengok baju apa yang dia pakai?
'Dagger' me
‘Dagger’ nama yang ganas kerana ia berkait dengan benda yang tajam atau lebih dikenali dengan senjata. Sesetengah kita tahu ‘dagger’ itu nama kepada satu golongan skateboarder yang old skoll dan skate di bowl. Adakah itu makna ‘dagger’? Setelah berbincang dengan king of ‘dagger’ iaitu Dave Duncan secara mendalam apa makna ‘dagger’ yang cuba di sampaikan. ‘Dagger’ itu sebenarnya satu simbolik nama kepada skaters yang memberikan heart and soulnya dalam arena skateboarding. Tak kira bowl,vert,mini ramp, park mahu pun street skaters, otai ke mahu pun new comer ataupun sebab sesoarang itu menganggap dirinya legend so you must know I’m exist and not for blaming people or I’m right you’re wrong. Dan bukan juga hanya sekadar pakai key, main bowl, board nak kena lebar membolehkan mereka mengelarkan diri sebagai ‘dagger’. Ini bermakna skaters itu mesti menjiwai peranan watak dia sebagai skateboarder. We must share. That is ‘dagger’. ‘Dagger’ is a tribute dari skateboarder kepada skateboader yang lain dan bukan berdiam diri tapi memperjuangkan skateboarding dalam apa jua bentuk dan rupa. Kita perlukan senjata seperti ini bagi mempertabatkan generasi skateboarding di masa akan datang. Ia perlu mula dari hati dan di ikuti dengan perbuatan. Dan diakhiri dengan kata pepatah moden, belah lah dada dengan ‘dagger’, tanya lah selera.
Subscribe to:
Posts (Atom)